Archive for March 2013

Notis: DISKUIS Kali Ke-9


Assalamualaikum w.b.t.

Diskuis kali kesembilan ini,
kita akan melihat pandangan PRO dan KONTRA mahasiswa dalam kancah politik. Ia boleh jadi pro, boleh jadi kontra. Terpulang pada anda. Bukan niat untuk mewujudkan perbalahan, tetapi melalui perbezaan, kita cari keharmonian dan pencerahan berkaitan topik yang bakal diperbincang.

Mahasiswa dan Politik.
Sejarahnya cukup panjang.
Kesannya cukup besar.
Namun, adakah ianya relevan sehingga kini?

BERANI kerana aku BENAR
tiada apa harus kuragukan
kuberdiri teguh.

Salam diskusi buat semua !

Liqa' Asasi ke-4

Liqa' Ittihadu Li AtTalabah



Tarikh        : 21 Mac 2013
Masa         : Selepas Isyak
Tempat     : Masjid Al-Azhar, KUIS

Alhamdulillah, selesai sudah Liqa' Asasi yang ke-4 iaitu Liqa' pertama bagi semester 3. Liqa' kali ini bertemakan "Anjakan Paradigma" itu menjayakan lagi majlis pada malam itu. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dari saudara Shahril Abdullah dan kemudiannya bacaan surah Al-Mulk yang diketuai oleh saudara Syazwan dan Khairul Anwar.

          Tazkirah kali ini disampaikan oleh saudara Fauzan Ikmal dan menariknya tazkirah ini disampaikan dalam bahasa Inggeris. Disini ingin menggambarkan bahawa kita boleh mempelbagaikan dakwah itu untuk menarik minat orang lain bukan sahaja perlu menyampaikan dalam bahasa bangsa sendiri sahaja tetapi boleh juga digunakan dalam bahasa lain kerana Islam adalah universal.

        Majlis diteruskan dengan perkongsian dari mahasiswa/i Asasi, dan perkongsian kali ini berkaitan dengan buku sempena baucer buku 1 Malaysia juga Kempen " 1 Mahasiswa 1Buku . Antara mahasiswa/si yang sudi berkongsi adalah saudari Aminah Tajul Ariffin , Fatin Mukhlisa dan saudara Zahirul Nukman.

       Kemudiannya, ucapan ringkas mengenai tentatif bagi liqa' yang akan datang oleh ketua  Exco Tarbiah iaitu saudara Najib Othman. Dalam ucapannya juga turut diberi tahu mengenai Daurah Nuqaba' yang akan diadakan pada 13 April 2013.


    Selesai sahaja ucapan dari Ketua Exco Tarbiah, diteruskan pula oleh Ketua Exco Multimedia dan Penerbitan iaitu saudara Syaqirin Suhaimi mengenai program terbuka untuk semua Mahasiswa Asasi iaitu Adobe photoshop yang akan diadakan pada 6 April 2013. Yuran pendaftarannya sebanyak RM6 dan boleh mendaftar mulai sekarang sehingga 1 April ini kepada saudara Azhad (bagi lelaki) dan Fatin Maisara (bagi perempuan). Program ini akan dilangsungkan di Makmal 3 dan 4, Block IT. 40 orang terawal sahaja layak menyertai program ini.

      Selain itu Exco Kebajikan dan Akademik turut menghantar wakil bagi memberi serba sedikit maklumat, dan  wakil dari Exco Sukan dan Rekreasi turut menerangkan beberapa program yang akan diadakan  iaitu :

Kayak
Tarikh : 20 April 2013
Masa   : Pagi bagi siswi dan petang bagi siswa

Sukaneka
Tarikh: 4 Mei 2013

   Ucapan diakhiri oleh Bendahari PERSIS ,yang memohon kepada mahasiswa/si membayar sebayak RM30 nutk membantu PERSIS untuk menjayakan beberapa program sepanjang semester 3 ini.

Terima kasih atas kerjasama mahasiswa/i yang hadir dan memberi perhatian penuh sepanjang majlis ini dijalankan.

DisKUIS ke-8

Tajuk     : Ada Apa Dengan Membaca??
Tempat : DK PTD
Masa     : 9.00pm

Moderator  : Nabilah Zakaria
Pengerusi   : Tarmizi Ramli

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah DisKUIS yang ke-8 iaitu DisKUIS pertama untuk semester ke-3 bagi mahasiswa/i kali ini. Perbincangan tadi amat memberansangkan dan sedikit sebanyak menambah kecetekan ilmu yang ada pada diri kita. Lain orang lain pandangan, disitulah pembuka minda.

Membaca, sebuah kata yang sering di kumandangkan di tempat-tempat belajar atau tempat yang banyak terdapat buku , atau tempatnya orang menimba ilmu. Membaca adalah gerbang meraih ilmu, atau sering kali di katakan membaca adalah jendela ilmu. Semestinya membaca merupakan salah satu keperluan dalam hidup, kerana dengan membaca kita dapat memperoleh ilmu, info, mengasah otak, dan melatih ingatan.

Ayat pertama yang Allah turunkan kepada rasulnya Muhammad s.a.w adalah "Iqra' " , "baca" . Jika Rasulullah sendiri Allah tekankan untuk membaca kenapa tidak kita sebagai umatnya. Tepuk dada, tanya hati.

Bermula Semester Baharu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam 11 Mac bermulanya semester baharu (Semester 3) bagi Mahasiswa Asasi batch 9.

Hari baru, Semester baharu, Subjek baru, Suasana sedikit baharu, dan semua perkara yang baru bakal bermula sekarang. Doakan kami terus istiqamah menjalani pembelajaran di sini.

Firman Allah s.w.t:
 Maksudnya,
"Wahai golongan yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (Hari yang mendatang / hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan."
[Al-Hasyr: 18]

Wallahua'lam. :)

PEMAKLUMAN PENGAMBILAN KUNCI MAHALLAH SESI III 2012/2013 (ASASI)


KEPADA SEMUA MAHASISWA/I KUIS

MAHASISWA/I  MAHALLAH

Keputusan mesyuarat  telah memutuskan bahawa pengambilan kunci mahallah bagi sesi akan datang (sesi III 2012/2013) pada 11/03/2013 (ISNIN) di Pejabat RRSB (belakang Myfirst CafĂ©) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.


Untuk makluman semua mahasiswa/i yuran mahallah akan bermula pada 11hb March 2013 (ISNIN).Semua pelajar telah di Auto Reserve dan boleh menyemak pendaftaran bilik di portal pelajar .

# Info : LMS,  BAHAGIAN KEDIAMAN DAN PENEMPATAN MAHASISWA

Sudahkah Anda Bersedia Untuk MUET??

Allahamdulillah, cuti semester bagi sesi II hampir berakhir dan akan kembali semula ke KUIS pada 11 Mac 2013, Isnin ini. Bagi mahasiswa/i yang mengambil ujian MUET, pada 20 - 21 Febuari 2013 mereka menjalani ujian Speaking  secara individu dan berkumpulan.

Dan ujian seterusnya akan berlangsung pada 9 Mac 2013 dan mereka akan menjalani 3ujian iaitu Reading, Writing, dan Listening.




Berikut adalah jadual ujian MUET :

Reading   : 8.00 am - 9.30 am

Writing    : 10.00 am - 11.30 am

Listening : 12.00 pm - 12.30 pm



p/s : Sila bawa bersama slip MUET dan Kad Pengenalan anda.Tq


Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS Sesi 9 / 2013. Powered by Blogger.