Archive for January 2013

Kempen Gaza & Syria KUIS : We Are Together With You


Assalamualaikum. Insya-Allah, kami di pihak Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar KUIS, Kelab Al-Azhar Members KUIS, Kelab Aqsa Syarif KUIS, dan kelab WAMY KUIS menggerakkan Kempen Gaza & Syria KUIS : We Are Together With You.




Aktiviti:
1 Mahasiswa 1 Ringgit.
1 Mahasiswa 1 Mafla
Kempen Duduk Diam
Fash Mob : Break The Silence
Speaker Corner.
Backstreet Voice
Forum Untukmu Gaza
Kempen 2000 tandatangan untuk Gaza & Syria
Larian Amal Gaza & Syria
Malam Mahabbah Gaza & Syria
dan banyak lagi ! =)



Gaza & Syria : We Are Together With You.
Save Syria, To Liberate Palestine.

Liqa Asasi Ketiga

~ Liqa' Ittihad Li At-Talabah~

Tarikh      : 10 Januari 2013
Tempat    : DK PTD
Waktu     : 9PM


Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya sekali lagi kami warga asasi diberi kesempatan untuk berkumpul dalam Liqa Asasi (Liqa Ittihadu Li At-Talabah). Ini adalah nama yang diberikan kepada liqa' yang diadakan setiap hari khamis, malam Jumaat menggantikan Liqa PERSIS. Liqa ini adalah liqa ketiga yang telah dilangsungkan pada masa dan waktu yang ditetapkan oleh PERSIS.


Liqa kali ini dipengerusikan oleh saudara Aiman Rosdi, dan seperti biasa dibacakan doa oleh saudara Muhammad Syazwan. Majlis disempurnakan dengan bacaan surah Al-Mulk yang diketuai oleh saudara Muhammad Khairul Anuwar Ahmad dan Ahmad Najib Othman.

Seterusnya, Segmen Perkongsian Cerita daripada mahasiswa/i Asasi. 
Antara mahasiswa/i yang sudi berkongsi cerita ialah :

Mohd Amirul  : Kecintaan Kepada Nabi

Iqbal Syukri    : Tinggalkan Yang Haram, Allah Berikan Yang Baik

Fadilah Ahmad Daud : Kisah Syukur : Sebiji Buah Tembikai

Farziana  : Setiap Musibah Ada Hikmahnya




Semasa segmen ini berlangsung, diselitkan juga tayangan video Flash Mob Selamatkan Palestin / Syria yang dirakamkan di Masjid Al-Azhar, KUIS pada bulan lepas.

Majlis liqa' diakhiri dengan perkongsian pengetahuan dari Exco Kesenian Dan Penghayatan Islam dengan menayangkan video mengenai ''Taranum''.

Liqa Tafaqquh Fid Din (Usrah Perdana)

Tarikh   : 28 Disember 2012
Tempat : Dewan Kuliah IT
Waktu  : 11 am


Alhamdulillah, Usrah Perdana ini berjalan dengan lancar. dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ustaz Dr Shuhadak Mahmud sebagai penceramah yang sanggup meluangkan masa bersama kami berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan 'Nilai Masa Di Sisi Ulama'. 

Usrah ini berlangsung selama 1 jam mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pusat Asasi.


Liqa Asasi Kedua

Tarikh      : 27 Dis 2012
Tempat    : DK PTD
Waktu     : 9PM


Alhamdulillah, berlangsung lagi Liqa PERSIS buat kali ke-2. Liqa kali ini membawa banyak pembaharuan berbanding Liqa Pertama. Liqa PERSIS tidak lagi dilangsungkan di masjid tetapi diadakan di Dewan Kuliah Bangunan Pentadbiran (DK PTD) untuk mengubah suasana serta keselesaan pelajar dan kesesuaian aktiviti liqa. Majlis kali ini dipengerusikan oleh saudara Muhammad Shahril Abdullah dari Exco Tarbiah dan Kerohanian PERSIS (Asasi Pengajian Islam). Diikuti juga dengan bacaan doa oleh saudara Muhd Syazwan.

Majlis diteruskan lagi dengan membaca surah Al-Waqiah berjemaah dengan diketuai oleh saudara Raihan dan Saudara Najib serta diulaskan sedikit mengenai "Al-Quran" selepas selesai membaca surah tadi. 


Seterusnya, salah satu pembaharuan yag ada pada liqa kali ini ialah dianjurkan sesi ''Motivation Talk'' yang telah disampaikan oleh saudara Syaqirin, Ketua Exco Teknologi & Multimedia PERSIS mengenai ''Kehidupan Kita". 

Selain itu, ketua Exco Tarbiah & Kerohanian , saudara Najib turut bercakap mengenai Usrah Perdana yang akan dilangsungkan esok bersama Ustaz Syuhadak di dewan kuliah IT, jam 11am.


Namun begitu, tidak jugak liqa' ini dibiarkan kosong tanpa pengisian. Diselitkan juga tazkirah pendek tetapi penuh dengan manfaat dari saudara Raihan berkenaan ''Berbuat Baik" yang mengisarkan perjalanan kehidupan seharian manusia serta contoh-contoh teladan dijadikan pembayang bernas.

Selain itu, Liqa' PERSIS kali ini turut disertai oleh bekas Presiden PERSIS batch 5 (Saudara Syed Hamzi bin Syed Mohamad), batch 6 (Saudara Ahmad Walid Shahabudin) serta batch 8 (Saudara Alias Ahmad Kassim). Saudara Syed Hamzi dengan berbesar hatinya sudi berkongsi sedikit sebanyak pengalamannya ketika belajar dan ketika memegang jawatan Presiden PERSIS suatu masa dahulu serta nasihat yang bermanfaat untuk dihayati bersama.

Majlis melabuhkan tirai dengan persembahan qasidah serta dendangan nasyid dari saudara Zaharifuddin, Amar, Ahmad Najib dan Afiq Aiman.


Aktiviti Program Minggu Bahasa Pusat Asasi



Tayangan Filem

Tarikh   : 17 dan 19 Disember 2012
Tempat : AUDI PTD
Waktu  : 9PM

Judul Filem: -Disney Pixar's Brave
                      -Silenced

Tiket : RM1/orang

Sembang Santai Bahasa

Tarikh      :18 Disember 2012
Tempat    : AUDI PTD
Waktu     : 9 AM

Bersama : Ustaz Akhbar
                : Ustazah Zati Azmina
                : Miss Zulifah Rini
                : Miss Aina Al Mardhia

Charade Contest

Tarikh    : 18 Disember 2012
Tempat  : AUDI PTD
Waktu   : 5 PM

Bersama : Ustaz Akhbar
                : Ustazah Zati Azmina

Public and Choral Speaking


Tarikh      : 21 Disember 2012
Tempat    : AUDI PTD
Waktu     : 2 PM

Pertandingan Mencipta Logo Baharu PERSIS

Assalamuaikum.




EXCO Informasi & Multimedia telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo Baharu PERSIS. Logo yang terpilih akan mengantikan logo lama PERSIS yang dihakimi oleh Ustaz Nor Effendy Ahmad Sokri, selaku Timbalan Pengarah Pusat Asasi KUIS.


Antara syarat-syarat pertandingan adalah:

* Peserta tidak dibenar menggunakan lebih daripad 4 jenis warna serta bentuk
* Setiap warna dan bentuk mestilah mempunyai maksud serta nilai kenapa ia digunakan untuk logo PERSIS
*Peserta tidak dibenarkan meniru daripada logo-logo lain yag sedia ada
* Peserta dibenarkan berkumpulan(tidak melebihi 3orang) dan individu

Hadiah dan Sijil Penyertaan disediakan (^_^)

p/s : Anda boleh menghantar hasil kreatif anda kepada Azhad (bagi pelajar lelaki) dan Fatin Maisarah (bagi pelajar perempuan)

Liqa Asasi Pertama




13 Dis 2012 : Berlangsungnya Liqa Asasi yang dianjurkan Exco Tarbiah & Kerohanian di Masjid Al-Azhar KUIS selepas solat Isyak. Ini adalah liqa pertama di bawah kelolaan Mahasiswa Asasi batch ke-9. Liqa ini dipengerusikan oleh Muhammad Syazwan Mohd Sabri.


Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Mohammad Zahirul Nukman Mohd Narakna dan seterusnya bacaan surah al-Mulk yang diketuai oleh Saudara Ahmad Najib Othman selaku ketua Exco Tarbiah & Kerohanian PERSIS.


Setelah selesai bacaan surah al-Mulk, saudara Muhammad Azizol Mohd Sahimi memberi sedikit perkongsian mengenai Adab Menuntut Ilmu.

Seterusnya, ucapan dari pada Ketua Exco Tarbiah & Kerohanian PERSIS mengenai usrah serta pemberitahuan berkaitan Liqa Perdana yang akan diadakan pada 28 Disember 2012 bersama Ustaz Dr Shuhadak Mahmud dari Fakulti Akademi Islam KUIS. Seterusnya perancangan untuk mengadakan Latihan Tahlil bagi mahasiswa.


Diteruskan lagi bersama Presiden PERSIS, Saudara Mohamad Raihan Kamarulzaman. Beliau memperkenalkan AJK bagi setiap exco serta 3 Exco yang baru ditubuhkan oleh PERSIS iaitu EXCO AKADEMIK & PEMBANGUNAN ILMIAH, EXCO EKONOMI & KEUSAHAWANAN dan EXCO KESENIAN & PENGHAYATAN ISLAM. 

Seterusnya beliau memberitahu akan berusaha menukarkan tempat yang sesuai untuk Liqa PERSIS bagi sesi seterusnya dan tempat cadangan beliau adalah di Auditorium Akademi Islam. Saudara Raihan juga menyentuh mengenai Liqa Parcel, yang akan dijalankan sebulan sekali di Surau Parcel.

Selepas itu, diteruskan dengan ucapan dari Ketua Exco Sukan Rekreasi mengenai program akan diadakan outdoor dan indoor serta cadangan untuk membeli alat-alat sukan. Seterusnya, ketua Exco Teknologi & Multimedia mengumumkan Pertandingan Mencipta Logo PERSIS bermula pada hari itu iaitu 13-21 Dis 2012 beserta syarat-syarat penyertaan. 

Majlis diteruskan dengan ucapan dari ketua exco-exco baru dan diakhiri dengan doa Wahdah.
Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS Sesi 9 / 2013. Powered by Blogger.