Archive for 2013

Jadual Peperiksaan Muktamad Asasi Sesi III


17 JUN 2013 - ISNIN

9.00AM- 12.00PM  :  MPW 1313 - BAHASA KEBANGSAAN A

2.30PM-5.30PM     : FAIP 3002 - PENGANTAR PSIKOLOGI ISLAM
                                : FTSN 3104 - COMPUTER INSTALLATION AND MAINTENANCE


18 JUN 2013 - SELASA

9.00AM-12.00PM   : FLAI 3113 - AL-LUGHAH AL-ARABIAH LI AL-DIRASAH AL-ISLAMIAH
                                  III
                                 : FTSD3103 - MATHEMATICS III

2.30PM-5.30PM      : FISF3103 - AL-MADKHAL LI ILM AL-FIQH WA AL-USUL
                                 : FMBB3103 - INTRODUCTION TO BUSINESS
                                 : FMBB3104 - INTRODUCTION TO BUSINESS

19 JUN 2013 - RABU

9.00AM-12.00PM   : FIQH3102 - AL-MADKHAL LI ILM AL-HADITH
                                : FIST3104 -TARIKH AL-TASYRI'
                                : FTSC3103 - FUNDAMENTAL OF PROGRAMMING

20 JUN 2013 - RABU

9.00AM -12.00PM    : FLEE3112 - ENGLISH III
                                  : FLEE3113 - ENGLISH III
                                  : FMBM1124 -MATHEMATICS I

TEMPAT : DPU

P/S: Bawa slip peperiksaan dan kad matrik bersama. Terima Kasih.

Jadual Final Exam Asasi Sesi III



Assalamualaikum

Berikut adalah Draf Pertama Jadual Peperiksaan Sesi III,2012/2013 bagi tujuan semakan pelajar, sekiranya terdapat kursus-kursus yang perlu di jadualkan semula kerana pertindihan sila maklumkan kepada Seksyen Peperiksaan sebelum atau pada 31 Mei 2013. Harap maklum.

#Info LMS

EXAMINATION TIMETABLE FOR FOUNDATION 2012/2013 - III SESSI

17-JUN-13
MONDAY                                  - MPW1313- NATIONAL LANGUAGE A (129)
9.00AM-12.00PM
SLOT1

2.30PM-5.30PM                        - FISF3103- AL-MADKHAL LI ILM AL-FIQH
SLOT2                                          WA AL-USUL (69)
                                                     
                                                     - FTSN3104- COMPUTER INSTALLATION
                                          AND MAINTENANCE (12)


18-JUN-13
TUESDAY                                  - FLAI3113- AL-LUGHAH AL-ARABIAH LI ALDIRASAH
9.00AM-12.00PM                         AL-ISLAMIAH III (69)
SLOT3    
                                       - FTSD3103- MATHEMATICS III (12)

                                       
2.30PM-5.30PM                  - FMBB3104-INTRODUCTION TO BUSINESS (49) 
SLOT4                                
                                       - FMBB3103-INTRODUCTION TO BUSINESS (12)

                                       
19-JUN-13
WEDNESDAY                          - FAIP3002-PENGANTAR PSIKOLOGI ISLAM (117)
9.00AM-12.00PM
SLOT5


20-JUN-13
THURSDAY                               - FLEE3113-ENGLISH III (69)
9.00AM-12.00PM
SLOT7                                          - FLEE3112-ENGLISH III (12)

                                                      FMBM1124-MATHEMATICS I (4)


21-JUN-13
FRIDAY                                       - FIQH3102-AL-MADKHAL LI ILM AL-HADITH (69)
9.00AM-12.00PM
SLOT10                                        - FIST3104-TARIKH AL-TASYRI' (48)


p/s : Tempat peperiksaan -->DPU
       - Sekiranya berlaku perubahan, InsyaAllah kami akan maklum dengan segera.


Pengisian Dari Travelog Mencari Hidayah

Travelog Mencari Hidayah
4 April 2013
8.00 PM
Auditorium Pentadbiran
 Ustaz Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah JR
 Dai'e Millinea TV3


Kisah hidup Ustaz Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah sebelum dan selepas memeluk Islam dengan penuh dugaan dah kepayahan sehinggalah beliau menubuhkan Gerakan Anti murtad.

Rukun Iman Agama Kristian 

1.Dosa Warisan (dosa Nabi Adam dan Hawa makan buah larangan dalam syurga)
2.Jesus anak tuhan
3.Jesus adalah tuhan (sebab boleh sembuh orang,lahir tanpa bapa, boleh berjalan atas air,nanti hidup kembali dll)
4.Penyalipan Jesus (Jesus perlu mati dikayu salib untuk tebus dosa warisan)
5.Triniti (kudus)

 Dalam Bible
~Tiada jaminan agama Kristian ini agama benar
~ Ditulis oleh 4 orang penulis
~Isi kandungan Bible ada unsur lucah

Awas!! Agama Kristian melahirkan luaran Islam tetapi dalaman Kristian dan lagu Kristian di gereja diguna pakai tanpa disedari oleh umat Islam.

Moto hidup beliau yang penuh makna:
"Jangan tanya apa Islam beri pada kita tetapi tanya apa yang kita beri pada Islam"

Notis: DISKUIS Kali Ke-9


Assalamualaikum w.b.t.

Diskuis kali kesembilan ini,
kita akan melihat pandangan PRO dan KONTRA mahasiswa dalam kancah politik. Ia boleh jadi pro, boleh jadi kontra. Terpulang pada anda. Bukan niat untuk mewujudkan perbalahan, tetapi melalui perbezaan, kita cari keharmonian dan pencerahan berkaitan topik yang bakal diperbincang.

Mahasiswa dan Politik.
Sejarahnya cukup panjang.
Kesannya cukup besar.
Namun, adakah ianya relevan sehingga kini?

BERANI kerana aku BENAR
tiada apa harus kuragukan
kuberdiri teguh.

Salam diskusi buat semua !

Liqa' Asasi ke-4

Liqa' Ittihadu Li AtTalabah



Tarikh        : 21 Mac 2013
Masa         : Selepas Isyak
Tempat     : Masjid Al-Azhar, KUIS

Alhamdulillah, selesai sudah Liqa' Asasi yang ke-4 iaitu Liqa' pertama bagi semester 3. Liqa' kali ini bertemakan "Anjakan Paradigma" itu menjayakan lagi majlis pada malam itu. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dari saudara Shahril Abdullah dan kemudiannya bacaan surah Al-Mulk yang diketuai oleh saudara Syazwan dan Khairul Anwar.

          Tazkirah kali ini disampaikan oleh saudara Fauzan Ikmal dan menariknya tazkirah ini disampaikan dalam bahasa Inggeris. Disini ingin menggambarkan bahawa kita boleh mempelbagaikan dakwah itu untuk menarik minat orang lain bukan sahaja perlu menyampaikan dalam bahasa bangsa sendiri sahaja tetapi boleh juga digunakan dalam bahasa lain kerana Islam adalah universal.

        Majlis diteruskan dengan perkongsian dari mahasiswa/i Asasi, dan perkongsian kali ini berkaitan dengan buku sempena baucer buku 1 Malaysia juga Kempen " 1 Mahasiswa 1Buku . Antara mahasiswa/si yang sudi berkongsi adalah saudari Aminah Tajul Ariffin , Fatin Mukhlisa dan saudara Zahirul Nukman.

       Kemudiannya, ucapan ringkas mengenai tentatif bagi liqa' yang akan datang oleh ketua  Exco Tarbiah iaitu saudara Najib Othman. Dalam ucapannya juga turut diberi tahu mengenai Daurah Nuqaba' yang akan diadakan pada 13 April 2013.


    Selesai sahaja ucapan dari Ketua Exco Tarbiah, diteruskan pula oleh Ketua Exco Multimedia dan Penerbitan iaitu saudara Syaqirin Suhaimi mengenai program terbuka untuk semua Mahasiswa Asasi iaitu Adobe photoshop yang akan diadakan pada 6 April 2013. Yuran pendaftarannya sebanyak RM6 dan boleh mendaftar mulai sekarang sehingga 1 April ini kepada saudara Azhad (bagi lelaki) dan Fatin Maisara (bagi perempuan). Program ini akan dilangsungkan di Makmal 3 dan 4, Block IT. 40 orang terawal sahaja layak menyertai program ini.

      Selain itu Exco Kebajikan dan Akademik turut menghantar wakil bagi memberi serba sedikit maklumat, dan  wakil dari Exco Sukan dan Rekreasi turut menerangkan beberapa program yang akan diadakan  iaitu :

Kayak
Tarikh : 20 April 2013
Masa   : Pagi bagi siswi dan petang bagi siswa

Sukaneka
Tarikh: 4 Mei 2013

   Ucapan diakhiri oleh Bendahari PERSIS ,yang memohon kepada mahasiswa/si membayar sebayak RM30 nutk membantu PERSIS untuk menjayakan beberapa program sepanjang semester 3 ini.

Terima kasih atas kerjasama mahasiswa/i yang hadir dan memberi perhatian penuh sepanjang majlis ini dijalankan.

DisKUIS ke-8

Tajuk     : Ada Apa Dengan Membaca??
Tempat : DK PTD
Masa     : 9.00pm

Moderator  : Nabilah Zakaria
Pengerusi   : Tarmizi Ramli

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah DisKUIS yang ke-8 iaitu DisKUIS pertama untuk semester ke-3 bagi mahasiswa/i kali ini. Perbincangan tadi amat memberansangkan dan sedikit sebanyak menambah kecetekan ilmu yang ada pada diri kita. Lain orang lain pandangan, disitulah pembuka minda.

Membaca, sebuah kata yang sering di kumandangkan di tempat-tempat belajar atau tempat yang banyak terdapat buku , atau tempatnya orang menimba ilmu. Membaca adalah gerbang meraih ilmu, atau sering kali di katakan membaca adalah jendela ilmu. Semestinya membaca merupakan salah satu keperluan dalam hidup, kerana dengan membaca kita dapat memperoleh ilmu, info, mengasah otak, dan melatih ingatan.

Ayat pertama yang Allah turunkan kepada rasulnya Muhammad s.a.w adalah "Iqra' " , "baca" . Jika Rasulullah sendiri Allah tekankan untuk membaca kenapa tidak kita sebagai umatnya. Tepuk dada, tanya hati.

Bermula Semester Baharu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam 11 Mac bermulanya semester baharu (Semester 3) bagi Mahasiswa Asasi batch 9.

Hari baru, Semester baharu, Subjek baru, Suasana sedikit baharu, dan semua perkara yang baru bakal bermula sekarang. Doakan kami terus istiqamah menjalani pembelajaran di sini.

Firman Allah s.w.t:
 Maksudnya,
"Wahai golongan yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (Hari yang mendatang / hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan."
[Al-Hasyr: 18]

Wallahua'lam. :)

PEMAKLUMAN PENGAMBILAN KUNCI MAHALLAH SESI III 2012/2013 (ASASI)


KEPADA SEMUA MAHASISWA/I KUIS

MAHASISWA/I  MAHALLAH

Keputusan mesyuarat  telah memutuskan bahawa pengambilan kunci mahallah bagi sesi akan datang (sesi III 2012/2013) pada 11/03/2013 (ISNIN) di Pejabat RRSB (belakang Myfirst Café) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.


Untuk makluman semua mahasiswa/i yuran mahallah akan bermula pada 11hb March 2013 (ISNIN).Semua pelajar telah di Auto Reserve dan boleh menyemak pendaftaran bilik di portal pelajar .

# Info : LMS,  BAHAGIAN KEDIAMAN DAN PENEMPATAN MAHASISWA

Sudahkah Anda Bersedia Untuk MUET??

Allahamdulillah, cuti semester bagi sesi II hampir berakhir dan akan kembali semula ke KUIS pada 11 Mac 2013, Isnin ini. Bagi mahasiswa/i yang mengambil ujian MUET, pada 20 - 21 Febuari 2013 mereka menjalani ujian Speaking  secara individu dan berkumpulan.

Dan ujian seterusnya akan berlangsung pada 9 Mac 2013 dan mereka akan menjalani 3ujian iaitu Reading, Writing, dan Listening.




Berikut adalah jadual ujian MUET :

Reading   : 8.00 am - 9.30 am

Writing    : 10.00 am - 11.30 am

Listening : 12.00 pm - 12.30 pm



p/s : Sila bawa bersama slip MUET dan Kad Pengenalan anda.Tq


IKLAN | Jom Masuk Asasi KUIS


KUIS menerusi Pengajian Asasi menawarkan 5 Program di bawah Pusat Asasi KUIS. 
Ia adalah khusus untuk anak tempatan Bumiputera !

Istimewanya, KUIS memperuntukkan Tabung Biasiswa Rektor (TBR) untuk ditawarkan kepada semua pelajar yang layak menyertai program di Pusat Asasi. Tawaran TBR ini merangkumi tanggungan bayaran Yuran Pengajian Semester, Yuran Penempatan, dan Elaun RM500 setiap Semester !

Program yang ditawarkan ialah:

1. FA01 : Kursus Asas Pengajian Islam

Lulus SPM dengan mendapat 5 kredit termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Syariah Islamiyyah /Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah, tidak termasuk Lukisan.

2. FA02 : Pengajian Asasi Pengurusan

Lulus SPM dengan mendapat 5 kredit tidak termasuk Lukisan.

3. FA03 : Pengajian Asas Teknologi Maklumat

Lulus SPM dengan mendapat 5 kredit dan lulus Bahasa Inggeris, tidak termasuk Lukisan.

4. FA04 : Pengajian Tahun Asasi Bahasa Arab

Lulus SPM dengan mendapat 5 kredit dan lulus Bahasa Arab tidak termasuk Lukisan.

5. FA05 : Pengajian Asas Komunikasi

Lulus SPM dengan mendapat 5 kredit tidak termasuk Lukisan.

Untuk Maklumat Lanjut, Klik:
http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

PERSIS Penjana Mahasiswa Cemerlang.

Iklan Sosial dari:
Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS

Jadual Peperiksaan Akhir Semester 2/2012-2013


Assalamualaikum. Berikut merupakan jadual peperiksaan akhir bagi Semester dua/ 2012-2013.

Gambar Hiasan
Peperiksaan berlangsung pada 13 Februari 2013 hingga 19 Februari 2013.
Semua peperiksaan bertempat di Dewan Peperiksaan Utama KUIS.

13-FEB-13 | WEDNESDAY


9.00AM - 12.00PM
MPW1233 | MALAYSIAN STUDIES (117)
MPW1243 | ISLAMIC STUDIES (12)


2.30PM - 5.30PM


FIQU2103 | ULUM AL-QURAN (69)
FMEE2104 | ECONOMICS (48)
FTMM2103 | FUNDAMENTAL TO MULTIMEDIA (12)

14-FEB-13 | THURSDAY


9.00AM - 12.00PM

FIQT2102 | TAFSIR AL-QURAN (69)
FLAB2122 | BAHASA ARAB II (60)




2.30PM - 5.30PM
FLKP2003 | KEMAHIRAN KOMUNIKASI UNTUK PROFESIONAL MUSLIM (117)
FTSD2103 | MATHEMATICS II (12)



15-FEB-13 | FRIDAY

9.00AM - 12.00PM

FLEE2112 | ENGLISH II (12)
FLEE2113 | ENGLISH II (117)


18-FEB-13 | MONDAY

9.00AM - 12.00PM

FMBM2124 | MATHEMATICS II (50)
FTRW2103 | FUNDAMENTAL TO WEB DESIGN (12)



19-FEB-13 | TUESDAY

9.00AM - 12.00PM
FLAI2113 | AL-LUGHAH AL-ARABIAH LI AL-DIRASAH AL-ISLAMIAH II (69)



Bit-Taufiq Wan-Najah semua !

Selamat Bercuti !

Assalamualaikum, selamat bercuti kepada semua.

Kepada sesiapa yang pulang ke Kampung Halaman, pastikan diri anda selamat sampai ke destinasinya. Pulang ke kampung, jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran !





Kepada yang tinggal di Mahallah, layari kehidupan cuti anda sebaiknya. Manfaat waktu yang ada untuk mengulangkaji pelajaran.

Insya-Allah, peperiksaan akan berlangsung Rabu akan datang. Jadi, semoga sukses semua ! :)

p/s: Jadual dan Slip Peperiksaan boleh dimuat turun melalui MyLMS masing-masing.

Sem 2 : #RoadToSuccess

Kempen Gaza & Syria KUIS : We Are Together With You


Assalamualaikum. Insya-Allah, kami di pihak Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar KUIS, Kelab Al-Azhar Members KUIS, Kelab Aqsa Syarif KUIS, dan kelab WAMY KUIS menggerakkan Kempen Gaza & Syria KUIS : We Are Together With You.




Aktiviti:
1 Mahasiswa 1 Ringgit.
1 Mahasiswa 1 Mafla
Kempen Duduk Diam
Fash Mob : Break The Silence
Speaker Corner.
Backstreet Voice
Forum Untukmu Gaza
Kempen 2000 tandatangan untuk Gaza & Syria
Larian Amal Gaza & Syria
Malam Mahabbah Gaza & Syria
dan banyak lagi ! =)



Gaza & Syria : We Are Together With You.
Save Syria, To Liberate Palestine.

Liqa Asasi Ketiga

~ Liqa' Ittihad Li At-Talabah~

Tarikh      : 10 Januari 2013
Tempat    : DK PTD
Waktu     : 9PM


Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya sekali lagi kami warga asasi diberi kesempatan untuk berkumpul dalam Liqa Asasi (Liqa Ittihadu Li At-Talabah). Ini adalah nama yang diberikan kepada liqa' yang diadakan setiap hari khamis, malam Jumaat menggantikan Liqa PERSIS. Liqa ini adalah liqa ketiga yang telah dilangsungkan pada masa dan waktu yang ditetapkan oleh PERSIS.


Liqa kali ini dipengerusikan oleh saudara Aiman Rosdi, dan seperti biasa dibacakan doa oleh saudara Muhammad Syazwan. Majlis disempurnakan dengan bacaan surah Al-Mulk yang diketuai oleh saudara Muhammad Khairul Anuwar Ahmad dan Ahmad Najib Othman.

Seterusnya, Segmen Perkongsian Cerita daripada mahasiswa/i Asasi. 
Antara mahasiswa/i yang sudi berkongsi cerita ialah :

Mohd Amirul  : Kecintaan Kepada Nabi

Iqbal Syukri    : Tinggalkan Yang Haram, Allah Berikan Yang Baik

Fadilah Ahmad Daud : Kisah Syukur : Sebiji Buah Tembikai

Farziana  : Setiap Musibah Ada Hikmahnya




Semasa segmen ini berlangsung, diselitkan juga tayangan video Flash Mob Selamatkan Palestin / Syria yang dirakamkan di Masjid Al-Azhar, KUIS pada bulan lepas.

Majlis liqa' diakhiri dengan perkongsian pengetahuan dari Exco Kesenian Dan Penghayatan Islam dengan menayangkan video mengenai ''Taranum''.

Liqa Tafaqquh Fid Din (Usrah Perdana)

Tarikh   : 28 Disember 2012
Tempat : Dewan Kuliah IT
Waktu  : 11 am


Alhamdulillah, Usrah Perdana ini berjalan dengan lancar. dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ustaz Dr Shuhadak Mahmud sebagai penceramah yang sanggup meluangkan masa bersama kami berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan 'Nilai Masa Di Sisi Ulama'. 

Usrah ini berlangsung selama 1 jam mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pusat Asasi.


Liqa Asasi Kedua

Tarikh      : 27 Dis 2012
Tempat    : DK PTD
Waktu     : 9PM


Alhamdulillah, berlangsung lagi Liqa PERSIS buat kali ke-2. Liqa kali ini membawa banyak pembaharuan berbanding Liqa Pertama. Liqa PERSIS tidak lagi dilangsungkan di masjid tetapi diadakan di Dewan Kuliah Bangunan Pentadbiran (DK PTD) untuk mengubah suasana serta keselesaan pelajar dan kesesuaian aktiviti liqa. Majlis kali ini dipengerusikan oleh saudara Muhammad Shahril Abdullah dari Exco Tarbiah dan Kerohanian PERSIS (Asasi Pengajian Islam). Diikuti juga dengan bacaan doa oleh saudara Muhd Syazwan.

Majlis diteruskan lagi dengan membaca surah Al-Waqiah berjemaah dengan diketuai oleh saudara Raihan dan Saudara Najib serta diulaskan sedikit mengenai "Al-Quran" selepas selesai membaca surah tadi. 


Seterusnya, salah satu pembaharuan yag ada pada liqa kali ini ialah dianjurkan sesi ''Motivation Talk'' yang telah disampaikan oleh saudara Syaqirin, Ketua Exco Teknologi & Multimedia PERSIS mengenai ''Kehidupan Kita". 

Selain itu, ketua Exco Tarbiah & Kerohanian , saudara Najib turut bercakap mengenai Usrah Perdana yang akan dilangsungkan esok bersama Ustaz Syuhadak di dewan kuliah IT, jam 11am.


Namun begitu, tidak jugak liqa' ini dibiarkan kosong tanpa pengisian. Diselitkan juga tazkirah pendek tetapi penuh dengan manfaat dari saudara Raihan berkenaan ''Berbuat Baik" yang mengisarkan perjalanan kehidupan seharian manusia serta contoh-contoh teladan dijadikan pembayang bernas.

Selain itu, Liqa' PERSIS kali ini turut disertai oleh bekas Presiden PERSIS batch 5 (Saudara Syed Hamzi bin Syed Mohamad), batch 6 (Saudara Ahmad Walid Shahabudin) serta batch 8 (Saudara Alias Ahmad Kassim). Saudara Syed Hamzi dengan berbesar hatinya sudi berkongsi sedikit sebanyak pengalamannya ketika belajar dan ketika memegang jawatan Presiden PERSIS suatu masa dahulu serta nasihat yang bermanfaat untuk dihayati bersama.

Majlis melabuhkan tirai dengan persembahan qasidah serta dendangan nasyid dari saudara Zaharifuddin, Amar, Ahmad Najib dan Afiq Aiman.


Aktiviti Program Minggu Bahasa Pusat Asasi



Tayangan Filem

Tarikh   : 17 dan 19 Disember 2012
Tempat : AUDI PTD
Waktu  : 9PM

Judul Filem: -Disney Pixar's Brave
                      -Silenced

Tiket : RM1/orang

Sembang Santai Bahasa

Tarikh      :18 Disember 2012
Tempat    : AUDI PTD
Waktu     : 9 AM

Bersama : Ustaz Akhbar
                : Ustazah Zati Azmina
                : Miss Zulifah Rini
                : Miss Aina Al Mardhia

Charade Contest

Tarikh    : 18 Disember 2012
Tempat  : AUDI PTD
Waktu   : 5 PM

Bersama : Ustaz Akhbar
                : Ustazah Zati Azmina

Public and Choral Speaking


Tarikh      : 21 Disember 2012
Tempat    : AUDI PTD
Waktu     : 2 PM

Pertandingan Mencipta Logo Baharu PERSIS

Assalamuaikum.




EXCO Informasi & Multimedia telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo Baharu PERSIS. Logo yang terpilih akan mengantikan logo lama PERSIS yang dihakimi oleh Ustaz Nor Effendy Ahmad Sokri, selaku Timbalan Pengarah Pusat Asasi KUIS.


Antara syarat-syarat pertandingan adalah:

* Peserta tidak dibenar menggunakan lebih daripad 4 jenis warna serta bentuk
* Setiap warna dan bentuk mestilah mempunyai maksud serta nilai kenapa ia digunakan untuk logo PERSIS
*Peserta tidak dibenarkan meniru daripada logo-logo lain yag sedia ada
* Peserta dibenarkan berkumpulan(tidak melebihi 3orang) dan individu

Hadiah dan Sijil Penyertaan disediakan (^_^)

p/s : Anda boleh menghantar hasil kreatif anda kepada Azhad (bagi pelajar lelaki) dan Fatin Maisarah (bagi pelajar perempuan)

Liqa Asasi Pertama




13 Dis 2012 : Berlangsungnya Liqa Asasi yang dianjurkan Exco Tarbiah & Kerohanian di Masjid Al-Azhar KUIS selepas solat Isyak. Ini adalah liqa pertama di bawah kelolaan Mahasiswa Asasi batch ke-9. Liqa ini dipengerusikan oleh Muhammad Syazwan Mohd Sabri.


Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Mohammad Zahirul Nukman Mohd Narakna dan seterusnya bacaan surah al-Mulk yang diketuai oleh Saudara Ahmad Najib Othman selaku ketua Exco Tarbiah & Kerohanian PERSIS.


Setelah selesai bacaan surah al-Mulk, saudara Muhammad Azizol Mohd Sahimi memberi sedikit perkongsian mengenai Adab Menuntut Ilmu.

Seterusnya, ucapan dari pada Ketua Exco Tarbiah & Kerohanian PERSIS mengenai usrah serta pemberitahuan berkaitan Liqa Perdana yang akan diadakan pada 28 Disember 2012 bersama Ustaz Dr Shuhadak Mahmud dari Fakulti Akademi Islam KUIS. Seterusnya perancangan untuk mengadakan Latihan Tahlil bagi mahasiswa.


Diteruskan lagi bersama Presiden PERSIS, Saudara Mohamad Raihan Kamarulzaman. Beliau memperkenalkan AJK bagi setiap exco serta 3 Exco yang baru ditubuhkan oleh PERSIS iaitu EXCO AKADEMIK & PEMBANGUNAN ILMIAH, EXCO EKONOMI & KEUSAHAWANAN dan EXCO KESENIAN & PENGHAYATAN ISLAM. 

Seterusnya beliau memberitahu akan berusaha menukarkan tempat yang sesuai untuk Liqa PERSIS bagi sesi seterusnya dan tempat cadangan beliau adalah di Auditorium Akademi Islam. Saudara Raihan juga menyentuh mengenai Liqa Parcel, yang akan dijalankan sebulan sekali di Surau Parcel.

Selepas itu, diteruskan dengan ucapan dari Ketua Exco Sukan Rekreasi mengenai program akan diadakan outdoor dan indoor serta cadangan untuk membeli alat-alat sukan. Seterusnya, ketua Exco Teknologi & Multimedia mengumumkan Pertandingan Mencipta Logo PERSIS bermula pada hari itu iaitu 13-21 Dis 2012 beserta syarat-syarat penyertaan. 

Majlis diteruskan dengan ucapan dari ketua exco-exco baru dan diakhiri dengan doa Wahdah.
Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS Sesi 9 / 2013. Powered by Blogger.