Liqa Asasi Pertama




13 Dis 2012 : Berlangsungnya Liqa Asasi yang dianjurkan Exco Tarbiah & Kerohanian di Masjid Al-Azhar KUIS selepas solat Isyak. Ini adalah liqa pertama di bawah kelolaan Mahasiswa Asasi batch ke-9. Liqa ini dipengerusikan oleh Muhammad Syazwan Mohd Sabri.


Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Mohammad Zahirul Nukman Mohd Narakna dan seterusnya bacaan surah al-Mulk yang diketuai oleh Saudara Ahmad Najib Othman selaku ketua Exco Tarbiah & Kerohanian PERSIS.


Setelah selesai bacaan surah al-Mulk, saudara Muhammad Azizol Mohd Sahimi memberi sedikit perkongsian mengenai Adab Menuntut Ilmu.

Seterusnya, ucapan dari pada Ketua Exco Tarbiah & Kerohanian PERSIS mengenai usrah serta pemberitahuan berkaitan Liqa Perdana yang akan diadakan pada 28 Disember 2012 bersama Ustaz Dr Shuhadak Mahmud dari Fakulti Akademi Islam KUIS. Seterusnya perancangan untuk mengadakan Latihan Tahlil bagi mahasiswa.


Diteruskan lagi bersama Presiden PERSIS, Saudara Mohamad Raihan Kamarulzaman. Beliau memperkenalkan AJK bagi setiap exco serta 3 Exco yang baru ditubuhkan oleh PERSIS iaitu EXCO AKADEMIK & PEMBANGUNAN ILMIAH, EXCO EKONOMI & KEUSAHAWANAN dan EXCO KESENIAN & PENGHAYATAN ISLAM. 

Seterusnya beliau memberitahu akan berusaha menukarkan tempat yang sesuai untuk Liqa PERSIS bagi sesi seterusnya dan tempat cadangan beliau adalah di Auditorium Akademi Islam. Saudara Raihan juga menyentuh mengenai Liqa Parcel, yang akan dijalankan sebulan sekali di Surau Parcel.

Selepas itu, diteruskan dengan ucapan dari Ketua Exco Sukan Rekreasi mengenai program akan diadakan outdoor dan indoor serta cadangan untuk membeli alat-alat sukan. Seterusnya, ketua Exco Teknologi & Multimedia mengumumkan Pertandingan Mencipta Logo PERSIS bermula pada hari itu iaitu 13-21 Dis 2012 beserta syarat-syarat penyertaan. 

Majlis diteruskan dengan ucapan dari ketua exco-exco baru dan diakhiri dengan doa Wahdah.

No comments on "Liqa Asasi Pertama"

Post a Comment

Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS Sesi 9 / 2013. Powered by Blogger.