Liqa Asasi Kedua

Tarikh      : 27 Dis 2012
Tempat    : DK PTD
Waktu     : 9PM


Alhamdulillah, berlangsung lagi Liqa PERSIS buat kali ke-2. Liqa kali ini membawa banyak pembaharuan berbanding Liqa Pertama. Liqa PERSIS tidak lagi dilangsungkan di masjid tetapi diadakan di Dewan Kuliah Bangunan Pentadbiran (DK PTD) untuk mengubah suasana serta keselesaan pelajar dan kesesuaian aktiviti liqa. Majlis kali ini dipengerusikan oleh saudara Muhammad Shahril Abdullah dari Exco Tarbiah dan Kerohanian PERSIS (Asasi Pengajian Islam). Diikuti juga dengan bacaan doa oleh saudara Muhd Syazwan.

Majlis diteruskan lagi dengan membaca surah Al-Waqiah berjemaah dengan diketuai oleh saudara Raihan dan Saudara Najib serta diulaskan sedikit mengenai "Al-Quran" selepas selesai membaca surah tadi. 


Seterusnya, salah satu pembaharuan yag ada pada liqa kali ini ialah dianjurkan sesi ''Motivation Talk'' yang telah disampaikan oleh saudara Syaqirin, Ketua Exco Teknologi & Multimedia PERSIS mengenai ''Kehidupan Kita". 

Selain itu, ketua Exco Tarbiah & Kerohanian , saudara Najib turut bercakap mengenai Usrah Perdana yang akan dilangsungkan esok bersama Ustaz Syuhadak di dewan kuliah IT, jam 11am.


Namun begitu, tidak jugak liqa' ini dibiarkan kosong tanpa pengisian. Diselitkan juga tazkirah pendek tetapi penuh dengan manfaat dari saudara Raihan berkenaan ''Berbuat Baik" yang mengisarkan perjalanan kehidupan seharian manusia serta contoh-contoh teladan dijadikan pembayang bernas.

Selain itu, Liqa' PERSIS kali ini turut disertai oleh bekas Presiden PERSIS batch 5 (Saudara Syed Hamzi bin Syed Mohamad), batch 6 (Saudara Ahmad Walid Shahabudin) serta batch 8 (Saudara Alias Ahmad Kassim). Saudara Syed Hamzi dengan berbesar hatinya sudi berkongsi sedikit sebanyak pengalamannya ketika belajar dan ketika memegang jawatan Presiden PERSIS suatu masa dahulu serta nasihat yang bermanfaat untuk dihayati bersama.

Majlis melabuhkan tirai dengan persembahan qasidah serta dendangan nasyid dari saudara Zaharifuddin, Amar, Ahmad Najib dan Afiq Aiman.


No comments on "Liqa Asasi Kedua"

Post a Comment

Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS Sesi 9 / 2013. Powered by Blogger.